Saturday, September 29, 2007

Kukusan Tak Sempurna


Saya setuju dengan komen rakan2... ada masalah kukusan. Bukan je kulat warna kuning naik... dah macam pelangi pun ada.
Ada 2 teori yang mungkin menyebabkannya... walaupun kukusan dibuat melebihi 8 jam.
Untuk 1st batch.
1. Jarak antara dapur dengan base tong drum agak jauh...
2. Antara 3 tong yang ada, salah satunya menggunakan dapur yang agak kecil.

Untuk 2nd batch.. saya dah tambah pelapik kat bawah dapur untuk merapatkan jarak antara api dapur dengan base tong drum.

Untuk batch ketiga, barulah dapur kecik tu ditukar.... sama dengan dapur yang lagi 2 tu..
Esok saya bagi gambar.

COBAAAANNNN...

Friday, September 28, 2007

Suntikan Bermula


Hari pertama, suntikan untuk batch pertama. 27 September 2007. Terus je disusun atas rak.
Esok, lusa rak tu harus diperbaiki kerana terdapat kekurangan. Akibat nak jimat kayu, bongkah tak dapat disusun dengan baik. Nampak tak bahagian yang bentuk V tu... nak kena tambah kayu sebab bongkah tak dapat diletakkan dengan baik tanpa penghadang. Tapi itu small matter..


Yang sedikit problemnya, 2 batches lagi yang menunggu giliran suntikan benih kat dalam bilik penyejukan.


Yang tompok-tompok tu aper??? Takkan semalam suntik, hari ni dah naik spora?? Terkezut gak.. Tapi bila chek pada bongkah yang belum disuntik, ada jugak kes nih.. Terlebih kapur ke?? Terlebih air ke?? Hmmmm....

Tuesday, September 25, 2007

Penyejukan



320bongkah telah dikukus. Maka disusun di atas para-para untuk disejukkan sebelum disuntik benih. Kadbod digunakan untuk menutup bahagian atas bongkah bagi mengelakkan dari dicemari serangga perosak seperti lipas.

Esok pagi, bilik benih akan disteril dengan dettol. Lusa, barulah sesi suntikan benih bakal bermula.

Sunday, September 23, 2007

Thermo-Hygrometer

Multifunction meter
Current time and date display
Time Alarm function
12/24 hours clock
Temperature unit selection, deg C or deg F
Relative Humidity and relevant comfort degree
Real time indications of temp and humidity fluctuation
Specification
Temp range : -50 degC to 70 degC
Temp Resolution : 0.1 degC
Tem Precision : +/- 1.0 degC
Humidity Range : 20% to 90%
Humidity Resolution : 1%
Sampling Rate : Every 10 seconds

Persiapan Untuk Kukus


Ni lah 2 pekerja yang membantu. Hari kedua.. 2 setengah bancuhan. 300 bongkah.


3 tong kukus dah penuh. Esok pagi pukul 8 dah boleh start kukus.

Bancuhan Pertama

Bancuhan pertama dibuat sendiri pada pukul 10pagi, sebab pekerja yang kata nak datang tak muncul-muncul.

Bongkah yang pertama yang disiapkan oleh Shasha & Mimi.

Pukol 11pagi, baru pembantu datang. Hari pertama Sabtu, 22hb September 2007 berjaya menyiapkan 250 bongkah dengan 2 kali bancuhan.

Friday, September 21, 2007

Habuk Kayu Getah



Pukul 8pagi, pengusaha habuk kayu datang seperti yang dijanjikan. Nampak gayanya, ruang simpanan habuk kayu harus dipertingkatkan. Melimpah terkeluar....



Dengan sikit lagi persiapan, penapis disiapkan dengan segera. Habuk kayu harus ditapis untuk mengasingkan bahan-bahan yang kasar serta bahan asing.
Esok jam 10pagi, akan bermulalah sesi bancuhan dan "bagging". Ada 2 orang yang akan menolong esok. Tengok sapa datang, sapa tak datang...

Heh??!! Apa nih? Kat depan rumah benih ada serumpun cendawan asing dah keluar dari bawah tanah... Adakah ini petanda baik? Harap-harap begitulah....

Tuesday, September 18, 2007

Rumah Media


Persediaan untuk penghadang ruang habuk kayu. Tak kasi tempias hujan. Tapi cukup ruang untuk lori 3ton hantar habuk kayu.

Berita baik hari ni sebab, stok habuk kayu dah dapat. Tunggu sehari dua ni...

Orang TNB pun dah datang pasang tiang. Duit meter dah dibayar, lusa... dah ada api... yeeha, maka senang lah sikit nak potong kayu pakai gergaji letrik untuk buat rak dalam bangsal...