Saturday, October 20, 2007

Warna-Warna Spora

Antara warna-warna spora maisillium yang membuatkan kita tersenyum...



Tapi dalam banyak-banyak tu ada gak yang diserang ulat lalat (nama pendek = "ulalat"). Terowong-terowong laluan ulat nih boleh dikesan lepas 2 minggu bongkah disuntik.

Tapi, so far alhamdulillah... tak banyak yang kena. Bongkah-bongkah yang kena serang "ulalat" ni ada 2 sebab.
1. Batch yang disuntik pada 7/10/2007, telah terbiar agak lama di atas rak penyejukan tanpa perlindungan. Kadbod tak letak. Lalat pun ambil kesempatan menyuntik telurnya melalui ruang di span tudung..
2. Ada jugak plastik bongkah yang koyak, bocor atau berlubang . Pantang bagi kumbang hitam kecil... Sure dia masuk buat sarang...
So, nampak gayanya.. operasi menyembur racun perosak harus dimulakan... tapi kat kawasan luar bangsal jelah..

Monday, October 15, 2007

Perkembangan Maisillium

Maisillium dah mula bercambah. Batch yang disuntik benih pada 27/09 dan 28/09 menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.




Tapi ada yang nak saya ketengahkan di sini. Maisillium yang keluar kurang pekat warna putihnya. Kebanyakannya berwarna cream. Macam kes gambar di bawah ni... percambahan berbentuk akar halus berselirat menjalar menjauhi tudung bongkah. Di bahagian tudung... kelihatan warna putih spora kehilangan power.
Saya masih lagi menaruh syak pada kelembapan pada media kayu. Kelembapan yang tinggi menyebabkan media bongkah berpeluh dan mencairkan kepekatan spora. Sejauh mana kesannya terhadap hasil yang bakal keluar???? Sama-sama kita tunggu... Harap-harap ia tidak mengeruhkan hasil....


Bongkah yang disuntik benih pada 5/10/2007.

Balik Dari Cuti Raya






Dalam perjalanan balik ke KL dari Utara..... seolah-olah memberi sinar baru... Cheeeawah...

Wednesday, October 10, 2007

Perkembangan & Serangan


Secara random, bongkah dibuka untuk melihat perkembangan maisilium... Keadaan benih agak lembab. Spora yang terbentuk agak kurang memuaskan.
Mungkin sebab pemeluapan di bahagian dalam bongkah... kulat oren keluar dengan cepat. Sehingga hari ni... 4 bongkah dah kena serang kulat oren nih...

Tompokan putih yang pekat dapat dilihat pada bongkah yang diserang kulat oren nih... Tapi saya dah asingkan dah spray dengan dettol. Hopefully ok...

Monday, October 8, 2007

Suntikan Benih diTeruskan

Semalam saya berjaya menyuntik 3 batches bongkah .... lebih kurang 900 bongkah. Batch 3, 4 & 5. Dengan bantuan isteri tersayang. Tapi waktu sesi menyusun bongkah di atas rak.... begedeguk gedeguk gedeguk... bongkah tumbang sebab susunan kurang stabil. Dahlah jatuh... timpa atas belakang pulak tu.... fehrs!!!! Satu sebab.. kayu yang diguna ada keretakan... lalu patah. Kedua... susunan sampai 7 layer membebankan dan kurang stabil walaupun rak telah didesign dengan konfigurasi bahagian depan lebih tinggi dari bahagian belakang.
Bila dah tumbang, ada yang pecah... inilah gambar operasi rescue. Bahagian yang pecah diselotapekan.

Sementara tu, dalam routine check, ada bongkah-bongkah yang koyak di bahagian bawah akibat proses bagging yang kurang mahir. Dah pecah pun pekerja saya buat derk je... Ini menyebabkan wap kukusan masuk berlebihan ke dalam bongkah... lembab serta senang diattack oleh serangga perosak.



Hanya batch 2 yang telah dikukus pada 24 Sept 2007, tak sempat disuntik. Dah lebih 2 minggu. Jadi, saya berkeputusan untuk mengukus kembali batch 2 tu.

Maka, pagi tadi... 300lebih bongkah dari batch 2 siap sedia dimasukkan disusun dalam tong. Pukul 9pagi, api dinyalakan... pengukusan semula dijalankan.
Bila saya datang balik pukul 5 petang untuk tutup api.... walawei!!! angin kuat yang bertiup hari ni dah memadamkan ketiga-tiga api dapur. Api dah takde.. tapi gas keluar. Perancangan nak menyuntik pada hari Rabu ni, sebelum cuti Raya... dah terbantut. Habih camno?????

Penghadang angin dah dibuat. Angin pusing agaknyer....

Friday, October 5, 2007

Kelegaan Yang Tercontrol


Maisillium dah mula muncul. Mengurangkan kesan kerisauan seminggu ini... :)

Thursday, October 4, 2007

Perkembangan Bongkah

Setelah 7 hari disuntik, perkembangan yang merisaukan. Majoriti besar bongkah kelihatan macam kat dalam gambar nih...

Ada yang diselaputi tompok-tompok putih hampir pada keseluruhan bongkah. Tapi dibahagian belakang tak seteruk tu... hmmmmm!!!!??? Nampak macam spora maisillium lah pulak...


Yang berbintik merah pun ada... Saya syak ini disebabkan oleh media habuk kayu..
Merah semacaaammm je... Satu observation lagi, bongkah-bongkah masih lagi menunjukkan kesan wap di bahagian dalam... Mungkin wap itulah yang menyebabkan tompok-tompok putih tu naik...

Harap-harap apa yang dikhuatiri tak serious mana, sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr Johari.
Manakala hari ni, saya hanya sempat susun bongkah yang belum disuntik masuk ke bilik benih je. Tak sempat nak suntik. Ada urusan lain... Inysallah, ini malam...

Tuesday, October 2, 2007

Tompok-Tompok Putih

Hari ni saya terima call dari sifu tempat saya pergi kursus, Dr Johari dari Atiqah Trading. Beliau berpendapat tompok putih tu tiada masalah... Bila spora start "attack", tompok putih akan hilang. Tompok putih tu terhasil oleh kerana pemeluapan yaang terjadi oleh air yang berlebihan dalam habuk kayu. Habuk kayu getah tu seelok-eloknya dibiarkan kering dahulu dalam semingu dua selepas delivery. Bila dah kering, barulah boleh ditapis untuk bancuhan. Beliau berpendapat, ini bukan masalah kukus. Kalau masalah kukus, bongkah akan bertukar jadi hitam.

Jadi sekarang, pemantauan perkembangan akan terus saya lakukan pada bongkah-bongkah di dalam bangsal. Saya rasa esok saya akan suntik batch 3 yang sedang menunggu. Dah lewat. Sementara tu, untuk mengelakkan 'idling" kos, saya bagi cuti raya awal pada pekerja-pekerja saya.

Monday, October 1, 2007

Penawar duka - Mental Theraphy

Mimi Amylea 3 months.
Bila stress, permata inilah yang menceriakan kembali.










Susulan Kukusan Tak Sempurna


Dapur gas baru yang menggantikan satu dapur lama yang kecik. Mula digunaka untuk batch 3.


Jarak antara dapur dengan base tong kukus didekatkan.



Ini adalah batch 3. Pada pagi hari ketiga selepas kukus, ia menunjukkan keadaan yang memberangsangkan. Tak nampak tompok-tompok putih. Tapi pada jam 5 petang, tompok-tompok putih dah mula keluar. Perrrggghhh!!!!!!!

Tapi tak sebanyak batch2. Nampak gayanyer, ada satu dua perkara lagi yang harus diperbaiki. Susunan bongkah dalam tong kukus dan ratio pembancuhan. Saya syak susunan bongkah dalam tong terlalu rapat dan bertindih sehingga menghalang mulut tudung sewaktu kukusan. Saya bercadang nak buat cage bulat yang boleh dimasukkan kedalam tong drum yang bulat tuh.... Ia akan mengambil sedikit masa.... tapi wait and see...

Satu lagi observation, sewaktu dalam proses penyejukan, wap termeluap kat bahagian atas bongkah.... apa pasal lah pulak nih???? Adakah ia perkara biasa??? Nak kena pantau lebih dekat lagi cara bancuhan yang dibuat oleh pekerja Indon saya tu... Terlebih air ker????

Hari nih, production bongkah dihentikan. Mana-mana bongkah yang ada tompok-tompok putih (batch 2) dihantar balik ke rumah kukus untuk dikukus semula. Sementara tu... rak kayu dalam bangsal ditambah lagi. Kayu pun dah tak berapa nak ada. Kena carik kayu lagi ler...

Sementara itu, bongkah yang dah disusun kat dalam bangsal dipantau.... ada yang kulat kuning dah keluar.... sabar... sabar...

Sehingga hari ni, 4 batches dah dikukus. Purata satu batch 300 bongkah. 1200 bongkah semuanya.... PERRRGHHHH!!!!!.... Masalah ni mesti diselesaikan segera....