Thursday, April 24, 2008

Koleksi Rak

Dalam perancangan untuk membuat rak untuk bongkah, faktor utama yang perlu diambil-kira adalah konfigurasi rak. Matlamat utama... adalah untuk membuat rak yang kukuh yang dapat menampung beban berat di samping penggunaan kayu yang minima. Dan tak lupa.. pengudaraan semestinya.

Di ladang MayaCrops & Cultivation, saya membuat rak bergantung pada bekalan kayu yang ada. Ada beberapa jenis rak yang telah dibuat...


Kayu 2x2 sebagai kayu melintang dan menegak. Kayu 1x2 untuk kayu melintang dan kayu 2x4 sebagai kayu menegak. Rak satu baris ni hanya untuk rak yang berdekatan dengan dinding bangsal. Ini dapat mengoptimakan kegunaan ruang bangsal.


Penggunaan kayu 2x2 sebagai kayu menegak utama + plywood papan lapis 10mm sebagai pelantar.


Penggunaan papan lapis 3mm sebagai pelantar, atau kombinasi pelantar.


Yang paling biasa digunakan.... kayu 1x2 sebagai kayu melintang tempat meletak bongkah. Lazimnya, kayu 2x4 digunakan untuk kayu menegak.

Perhatikan... rak di ladang MayaCrops dibuat agak tinggi. 4 petak tingginya dengan setiap petak memuatkan 5 baris bongkah. Orang kata rak yang tinggi susah nak dijaga. Tapi demi untuk memaksimakan ruang... tinggi pun tinggilah... Bila hasil dah keluar... setinggi manapun harus kita panjat. Petik sambil senyum....

Monday, March 17, 2008

Akhirnya Masuk Perangkap

Ini lah dia tikus yang bermaharajalela selama ni. Akhirnya masuk perangkap. Tak secute yang dijangkakan. Tapi masih terlalu awal nak tau samada ini kerja individu atau berpasukan.

Sementara itu, bongkah-bongkah baru yang disuntik benih pada penghujung Disember 2007 dan awal Januari 2008 lepas dah boleh mengeluarkan hasil.

Hari ni je... 4.3kg berjaya dipetik dan dijual terus pada kedai dan restoran pada harga RM10 sekilo. Harap trend ini dapat berterusan. Dengan 3 pasaran tetap setakat ni... saya terpaksa berhenti supply pada pemborong pasar malam yang hanya sanggup ambil pada harga RM7 sekilo. Nanti ler.... kalau dah boleh keluar hasil lebih dari 10kg sehari... baru boleh tolak pada harga RM7 sekilo.

Tuesday, March 4, 2008

Kesan Gigitan Tikus

Kehadiran tikus masih lagi menjadi masalah besar. Bekas gigitan tikus pada bongkah berumur 2minggu selepas disuntik membibitkan kulat oren.... ada kuman jugak ke pada air liur tikus nih???


Yang hampir matang pun jadi mangsa tokakan sitikus...

Saturday, February 16, 2008

Peti Ais

Untuk jangkaan hasil akan datang, saya berjaya membeli peti ais saiz komersil "second-hand". Masih elok dan berfungsi dengan baik...

Manakala tu, bongkah2 yang rosak untuk dijadikan bahan artifak pun nak mengeluarkan hasil...

Friday, January 18, 2008

Serangan Tikus

Dalam 2 minggu ni... ada serangan tikus. Ada yang bongkah kena gigit.... koyak. Setiap pagi ada 5 -7 bongkah kena attack. Tudung bongkah samada dikuis terlucut atau span dikorek keluar. Benih dimakan sesuka hatinya. Perangkap tikus dah pasang. Gam tikus dah diletak. Abuk pun tarak. Pagi-pagi ada je tudung yang berselerak kat lantai....
Semalam saya pasang kelambu.... hah amacam????Harap dapat menghalang sitikus tersebut, sementara saya ambik sedikit masa untuk seal lubang-lubang keliling bangsal.

Ketidaknormalan Perkembangan Hasil

Ketidaknormalan bunga cendawan... terhasil oleh kerana kandungan Karbon Dioksida (CO2) pada kawasan setempat yang tinggi. Cendawan yang berkembang menghasilkan Karbon Dioksida. Kekurangan udara segar yang baru untuk menipiskan kandungan CO2 merencatkan pertumbuhan cendawan. Maka terhasillah cendawan yang tidak normal rupanya. Pertukaran dan pengaliran udara dalam bangsal adalah amat penting dalam menjamin pertumbuhan yang normal.....




Kalau hasil camni, kurang elok kalau nak dijual. Bawak balik sendiri makan ler...


Hasil yang boleh dibanggakan.....

Friday, December 21, 2007

Hasil Terus

Sebelum cuti Raya Haji.. pesanan untuk cendawan agak memberangsangkan. Ramai yang nak bawak balik kampung... ada yang oder 1kg dan 2kg. Wau bestnya.... Setakat nih, hasil yang dituai habis dijual... Kelmarin je, kedai runcit Ah Hong mintak 3kg (pek 100gm) setelah 2kg yang dibekalkan habis dijual. Manyak laku wo....

Yang atas nih... esok kembang tak cukup tanah nih...

Yang macam periuk kera pun ada...
Ni dia... peserta-peserta kursus saya yang pertama... heh heh... buat praktikal proses bagging. Anak-anak dan anak sedara....

Sunday, December 9, 2007

Cendawan Berasap

Antara phenomena yang menarik.... serumpun cendawan ini didapati mengeluar asap... saya dan isteri dapat menyaksikannya.... kenapa? mengapa?? Rasanya Dr Johari ada menyebutnya sewaktu kursus... tapi saya tak ingat sebab-musababnya...

Hari Kelima







Satu bongkah mampu mengeluarkan hasil 80gram. Best tu...

Empat Hari Selepas Buka Tudung

Bibit-bibit bunga cendawan tiram telah mula keluar.



Monday, December 3, 2007

Bakul Besi

Hari ni, bakul besi yang ditempah dah sampai. Saisnya sedikit kecil dari mulut tong. Tujuannya untuk mendapatkan hasil kukusan yang lebih baik. Esok.. pekerja Indon yang kerja dulu dah setuju untuk kerja balik. Dengan 3 orang pekerja, target dalam 500 bongkah. Tengoklah esok camaner....

Saturday, October 20, 2007

Warna-Warna Spora

Antara warna-warna spora maisillium yang membuatkan kita tersenyum...



Tapi dalam banyak-banyak tu ada gak yang diserang ulat lalat (nama pendek = "ulalat"). Terowong-terowong laluan ulat nih boleh dikesan lepas 2 minggu bongkah disuntik.

Tapi, so far alhamdulillah... tak banyak yang kena. Bongkah-bongkah yang kena serang "ulalat" ni ada 2 sebab.
1. Batch yang disuntik pada 7/10/2007, telah terbiar agak lama di atas rak penyejukan tanpa perlindungan. Kadbod tak letak. Lalat pun ambil kesempatan menyuntik telurnya melalui ruang di span tudung..
2. Ada jugak plastik bongkah yang koyak, bocor atau berlubang . Pantang bagi kumbang hitam kecil... Sure dia masuk buat sarang...
So, nampak gayanya.. operasi menyembur racun perosak harus dimulakan... tapi kat kawasan luar bangsal jelah..