
Dapur gas baru yang menggantikan satu dapur lama yang kecik. Mula digunaka untuk batch 3.

Jarak antara dapur dengan base tong kukus didekatkan.

Ini adalah batch 3. Pada pagi hari ketiga selepas kukus, ia menunjukkan keadaan yang memberangsangkan. Tak nampak tompok-tompok putih. Tapi pada jam 5 petang, tompok-tompok putih dah mula keluar. Perrrggghhh!!!!!!!
Tapi tak sebanyak batch2. Nampak gayanyer, ada satu dua perkara lagi yang harus diperbaiki. Susunan bongkah dalam tong kukus dan ratio pembancuhan. Saya syak susunan bongkah dalam tong terlalu rapat dan bertindih sehingga menghalang mulut tudung sewaktu kukusan. Saya bercadang nak buat cage bulat yang boleh dimasukkan kedalam tong drum yang bulat tuh.... Ia akan mengambil sedikit masa.... tapi wait and see...
Satu lagi observation, sewaktu dalam proses penyejukan, wap termeluap kat bahagian atas bongkah.... apa pasal lah pulak nih???? Adakah ia perkara biasa??? Nak kena pantau lebih dekat lagi cara bancuhan yang dibuat oleh pekerja Indon saya tu... Terlebih air ker????
Hari nih, production bongkah dihentikan. Mana-mana bongkah yang ada tompok-tompok putih (batch 2) dihantar balik ke rumah kukus untuk dikukus semula. Sementara tu... rak kayu dalam bangsal ditambah lagi. Kayu pun dah tak berapa nak ada. Kena carik kayu lagi ler...
Sementara itu, bongkah yang dah disusun kat dalam bangsal dipantau.... ada yang kulat kuning dah keluar.... sabar... sabar...
Sehingga hari ni, 4 batches dah dikukus. Purata satu batch 300 bongkah. 1200 bongkah semuanya.... PERRRGHHHH!!!!!.... Masalah ni mesti diselesaikan segera....