Friday, December 21, 2007

Hasil Terus

Sebelum cuti Raya Haji.. pesanan untuk cendawan agak memberangsangkan. Ramai yang nak bawak balik kampung... ada yang oder 1kg dan 2kg. Wau bestnya.... Setakat nih, hasil yang dituai habis dijual... Kelmarin je, kedai runcit Ah Hong mintak 3kg (pek 100gm) setelah 2kg yang dibekalkan habis dijual. Manyak laku wo....

Yang atas nih... esok kembang tak cukup tanah nih...

Yang macam periuk kera pun ada...
Ni dia... peserta-peserta kursus saya yang pertama... heh heh... buat praktikal proses bagging. Anak-anak dan anak sedara....

Sunday, December 9, 2007

Cendawan Berasap

Antara phenomena yang menarik.... serumpun cendawan ini didapati mengeluar asap... saya dan isteri dapat menyaksikannya.... kenapa? mengapa?? Rasanya Dr Johari ada menyebutnya sewaktu kursus... tapi saya tak ingat sebab-musababnya...

Hari Kelima







Satu bongkah mampu mengeluarkan hasil 80gram. Best tu...

Empat Hari Selepas Buka Tudung

Bibit-bibit bunga cendawan tiram telah mula keluar.



Monday, December 3, 2007

Bakul Besi

Hari ni, bakul besi yang ditempah dah sampai. Saisnya sedikit kecil dari mulut tong. Tujuannya untuk mendapatkan hasil kukusan yang lebih baik. Esok.. pekerja Indon yang kerja dulu dah setuju untuk kerja balik. Dengan 3 orang pekerja, target dalam 500 bongkah. Tengoklah esok camaner....

Saturday, October 20, 2007

Warna-Warna Spora

Antara warna-warna spora maisillium yang membuatkan kita tersenyum...



Tapi dalam banyak-banyak tu ada gak yang diserang ulat lalat (nama pendek = "ulalat"). Terowong-terowong laluan ulat nih boleh dikesan lepas 2 minggu bongkah disuntik.

Tapi, so far alhamdulillah... tak banyak yang kena. Bongkah-bongkah yang kena serang "ulalat" ni ada 2 sebab.
1. Batch yang disuntik pada 7/10/2007, telah terbiar agak lama di atas rak penyejukan tanpa perlindungan. Kadbod tak letak. Lalat pun ambil kesempatan menyuntik telurnya melalui ruang di span tudung..
2. Ada jugak plastik bongkah yang koyak, bocor atau berlubang . Pantang bagi kumbang hitam kecil... Sure dia masuk buat sarang...
So, nampak gayanya.. operasi menyembur racun perosak harus dimulakan... tapi kat kawasan luar bangsal jelah..

Monday, October 15, 2007

Perkembangan Maisillium

Maisillium dah mula bercambah. Batch yang disuntik benih pada 27/09 dan 28/09 menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.




Tapi ada yang nak saya ketengahkan di sini. Maisillium yang keluar kurang pekat warna putihnya. Kebanyakannya berwarna cream. Macam kes gambar di bawah ni... percambahan berbentuk akar halus berselirat menjalar menjauhi tudung bongkah. Di bahagian tudung... kelihatan warna putih spora kehilangan power.
Saya masih lagi menaruh syak pada kelembapan pada media kayu. Kelembapan yang tinggi menyebabkan media bongkah berpeluh dan mencairkan kepekatan spora. Sejauh mana kesannya terhadap hasil yang bakal keluar???? Sama-sama kita tunggu... Harap-harap ia tidak mengeruhkan hasil....


Bongkah yang disuntik benih pada 5/10/2007.

Balik Dari Cuti Raya






Dalam perjalanan balik ke KL dari Utara..... seolah-olah memberi sinar baru... Cheeeawah...

Wednesday, October 10, 2007

Perkembangan & Serangan


Secara random, bongkah dibuka untuk melihat perkembangan maisilium... Keadaan benih agak lembab. Spora yang terbentuk agak kurang memuaskan.
Mungkin sebab pemeluapan di bahagian dalam bongkah... kulat oren keluar dengan cepat. Sehingga hari ni... 4 bongkah dah kena serang kulat oren nih...

Tompokan putih yang pekat dapat dilihat pada bongkah yang diserang kulat oren nih... Tapi saya dah asingkan dah spray dengan dettol. Hopefully ok...