Monday, March 17, 2008

Akhirnya Masuk Perangkap

Ini lah dia tikus yang bermaharajalela selama ni. Akhirnya masuk perangkap. Tak secute yang dijangkakan. Tapi masih terlalu awal nak tau samada ini kerja individu atau berpasukan.

Sementara itu, bongkah-bongkah baru yang disuntik benih pada penghujung Disember 2007 dan awal Januari 2008 lepas dah boleh mengeluarkan hasil.

Hari ni je... 4.3kg berjaya dipetik dan dijual terus pada kedai dan restoran pada harga RM10 sekilo. Harap trend ini dapat berterusan. Dengan 3 pasaran tetap setakat ni... saya terpaksa berhenti supply pada pemborong pasar malam yang hanya sanggup ambil pada harga RM7 sekilo. Nanti ler.... kalau dah boleh keluar hasil lebih dari 10kg sehari... baru boleh tolak pada harga RM7 sekilo.

Tuesday, March 4, 2008

Kesan Gigitan Tikus

Kehadiran tikus masih lagi menjadi masalah besar. Bekas gigitan tikus pada bongkah berumur 2minggu selepas disuntik membibitkan kulat oren.... ada kuman jugak ke pada air liur tikus nih???


Yang hampir matang pun jadi mangsa tokakan sitikus...