Friday, December 21, 2007

Hasil Terus

Sebelum cuti Raya Haji.. pesanan untuk cendawan agak memberangsangkan. Ramai yang nak bawak balik kampung... ada yang oder 1kg dan 2kg. Wau bestnya.... Setakat nih, hasil yang dituai habis dijual... Kelmarin je, kedai runcit Ah Hong mintak 3kg (pek 100gm) setelah 2kg yang dibekalkan habis dijual. Manyak laku wo....

Yang atas nih... esok kembang tak cukup tanah nih...

Yang macam periuk kera pun ada...
Ni dia... peserta-peserta kursus saya yang pertama... heh heh... buat praktikal proses bagging. Anak-anak dan anak sedara....

Sunday, December 9, 2007

Cendawan Berasap

Antara phenomena yang menarik.... serumpun cendawan ini didapati mengeluar asap... saya dan isteri dapat menyaksikannya.... kenapa? mengapa?? Rasanya Dr Johari ada menyebutnya sewaktu kursus... tapi saya tak ingat sebab-musababnya...

Hari Kelima







Satu bongkah mampu mengeluarkan hasil 80gram. Best tu...

Empat Hari Selepas Buka Tudung

Bibit-bibit bunga cendawan tiram telah mula keluar.



Monday, December 3, 2007

Bakul Besi

Hari ni, bakul besi yang ditempah dah sampai. Saisnya sedikit kecil dari mulut tong. Tujuannya untuk mendapatkan hasil kukusan yang lebih baik. Esok.. pekerja Indon yang kerja dulu dah setuju untuk kerja balik. Dengan 3 orang pekerja, target dalam 500 bongkah. Tengoklah esok camaner....