Tuesday, October 2, 2007

Tompok-Tompok Putih

Hari ni saya terima call dari sifu tempat saya pergi kursus, Dr Johari dari Atiqah Trading. Beliau berpendapat tompok putih tu tiada masalah... Bila spora start "attack", tompok putih akan hilang. Tompok putih tu terhasil oleh kerana pemeluapan yaang terjadi oleh air yang berlebihan dalam habuk kayu. Habuk kayu getah tu seelok-eloknya dibiarkan kering dahulu dalam semingu dua selepas delivery. Bila dah kering, barulah boleh ditapis untuk bancuhan. Beliau berpendapat, ini bukan masalah kukus. Kalau masalah kukus, bongkah akan bertukar jadi hitam.

Jadi sekarang, pemantauan perkembangan akan terus saya lakukan pada bongkah-bongkah di dalam bangsal. Saya rasa esok saya akan suntik batch 3 yang sedang menunggu. Dah lewat. Sementara tu, untuk mengelakkan 'idling" kos, saya bagi cuti raya awal pada pekerja-pekerja saya.

No comments: