Friday, January 18, 2008

Ketidaknormalan Perkembangan Hasil

Ketidaknormalan bunga cendawan... terhasil oleh kerana kandungan Karbon Dioksida (CO2) pada kawasan setempat yang tinggi. Cendawan yang berkembang menghasilkan Karbon Dioksida. Kekurangan udara segar yang baru untuk menipiskan kandungan CO2 merencatkan pertumbuhan cendawan. Maka terhasillah cendawan yang tidak normal rupanya. Pertukaran dan pengaliran udara dalam bangsal adalah amat penting dalam menjamin pertumbuhan yang normal.....




Kalau hasil camni, kurang elok kalau nak dijual. Bawak balik sendiri makan ler...


Hasil yang boleh dibanggakan.....

3 comments:

Anonymous said...

Adakah lokasi rumah tuai jugak memain peranan? Misalnya... kalau tepi sawah serangga, tikus dan paling takut sekali racun. Saya ada pernah dengar seorang pengusaha hanya jalankan sekali setahun pada musim tuai padi sahaja sebb. selalu kena ancaman tersebut!!!Lokasi rumah tuai dia.. tepi sawah. Kalau kat bukit pulak, kumbang dan spora liar menjadi ancaman.. Maya pulak tikus sekarang, so macam mana perkembangan?

Maya Crops said...

Yessza... lokasi jugak sangat penting. Pendek kata, lain tempat lain masalah. Tepi sawah, bahaya racun dibawak angin masuk dalam bangsal dan menjejas hasil. Kalau kat kebun buah, lepas habis buah, risiko serangga nak berali arah pada bangsal cendawan agak tinggi.
Di MayaCrops Mushroom Farm, tikus masih berleluasa.. tawakal aje le.

Anonymous said...

tiap2 pengusaha mesti ada dugaan dia.. emhh saya jer yang belum mula lagi!! aii..dugaan juga tu bagi saya,,