Sunday, December 9, 2007

Cendawan Berasap

Antara phenomena yang menarik.... serumpun cendawan ini didapati mengeluar asap... saya dan isteri dapat menyaksikannya.... kenapa? mengapa?? Rasanya Dr Johari ada menyebutnya sewaktu kursus... tapi saya tak ingat sebab-musababnya...

Hari Kelima







Satu bongkah mampu mengeluarkan hasil 80gram. Best tu...

Empat Hari Selepas Buka Tudung

Bibit-bibit bunga cendawan tiram telah mula keluar.



Monday, December 3, 2007

Bakul Besi

Hari ni, bakul besi yang ditempah dah sampai. Saisnya sedikit kecil dari mulut tong. Tujuannya untuk mendapatkan hasil kukusan yang lebih baik. Esok.. pekerja Indon yang kerja dulu dah setuju untuk kerja balik. Dengan 3 orang pekerja, target dalam 500 bongkah. Tengoklah esok camaner....

Saturday, October 20, 2007

Warna-Warna Spora

Antara warna-warna spora maisillium yang membuatkan kita tersenyum...



Tapi dalam banyak-banyak tu ada gak yang diserang ulat lalat (nama pendek = "ulalat"). Terowong-terowong laluan ulat nih boleh dikesan lepas 2 minggu bongkah disuntik.

Tapi, so far alhamdulillah... tak banyak yang kena. Bongkah-bongkah yang kena serang "ulalat" ni ada 2 sebab.
1. Batch yang disuntik pada 7/10/2007, telah terbiar agak lama di atas rak penyejukan tanpa perlindungan. Kadbod tak letak. Lalat pun ambil kesempatan menyuntik telurnya melalui ruang di span tudung..
2. Ada jugak plastik bongkah yang koyak, bocor atau berlubang . Pantang bagi kumbang hitam kecil... Sure dia masuk buat sarang...
So, nampak gayanya.. operasi menyembur racun perosak harus dimulakan... tapi kat kawasan luar bangsal jelah..

Monday, October 15, 2007

Perkembangan Maisillium

Maisillium dah mula bercambah. Batch yang disuntik benih pada 27/09 dan 28/09 menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan.




Tapi ada yang nak saya ketengahkan di sini. Maisillium yang keluar kurang pekat warna putihnya. Kebanyakannya berwarna cream. Macam kes gambar di bawah ni... percambahan berbentuk akar halus berselirat menjalar menjauhi tudung bongkah. Di bahagian tudung... kelihatan warna putih spora kehilangan power.
Saya masih lagi menaruh syak pada kelembapan pada media kayu. Kelembapan yang tinggi menyebabkan media bongkah berpeluh dan mencairkan kepekatan spora. Sejauh mana kesannya terhadap hasil yang bakal keluar???? Sama-sama kita tunggu... Harap-harap ia tidak mengeruhkan hasil....


Bongkah yang disuntik benih pada 5/10/2007.

Balik Dari Cuti Raya






Dalam perjalanan balik ke KL dari Utara..... seolah-olah memberi sinar baru... Cheeeawah...

Wednesday, October 10, 2007

Perkembangan & Serangan


Secara random, bongkah dibuka untuk melihat perkembangan maisilium... Keadaan benih agak lembab. Spora yang terbentuk agak kurang memuaskan.
Mungkin sebab pemeluapan di bahagian dalam bongkah... kulat oren keluar dengan cepat. Sehingga hari ni... 4 bongkah dah kena serang kulat oren nih...

Tompokan putih yang pekat dapat dilihat pada bongkah yang diserang kulat oren nih... Tapi saya dah asingkan dah spray dengan dettol. Hopefully ok...

Monday, October 8, 2007

Suntikan Benih diTeruskan

Semalam saya berjaya menyuntik 3 batches bongkah .... lebih kurang 900 bongkah. Batch 3, 4 & 5. Dengan bantuan isteri tersayang. Tapi waktu sesi menyusun bongkah di atas rak.... begedeguk gedeguk gedeguk... bongkah tumbang sebab susunan kurang stabil. Dahlah jatuh... timpa atas belakang pulak tu.... fehrs!!!! Satu sebab.. kayu yang diguna ada keretakan... lalu patah. Kedua... susunan sampai 7 layer membebankan dan kurang stabil walaupun rak telah didesign dengan konfigurasi bahagian depan lebih tinggi dari bahagian belakang.
Bila dah tumbang, ada yang pecah... inilah gambar operasi rescue. Bahagian yang pecah diselotapekan.

Sementara tu, dalam routine check, ada bongkah-bongkah yang koyak di bahagian bawah akibat proses bagging yang kurang mahir. Dah pecah pun pekerja saya buat derk je... Ini menyebabkan wap kukusan masuk berlebihan ke dalam bongkah... lembab serta senang diattack oleh serangga perosak.



Hanya batch 2 yang telah dikukus pada 24 Sept 2007, tak sempat disuntik. Dah lebih 2 minggu. Jadi, saya berkeputusan untuk mengukus kembali batch 2 tu.

Maka, pagi tadi... 300lebih bongkah dari batch 2 siap sedia dimasukkan disusun dalam tong. Pukul 9pagi, api dinyalakan... pengukusan semula dijalankan.
Bila saya datang balik pukul 5 petang untuk tutup api.... walawei!!! angin kuat yang bertiup hari ni dah memadamkan ketiga-tiga api dapur. Api dah takde.. tapi gas keluar. Perancangan nak menyuntik pada hari Rabu ni, sebelum cuti Raya... dah terbantut. Habih camno?????

Penghadang angin dah dibuat. Angin pusing agaknyer....