Sunday, December 9, 2007
Monday, December 3, 2007
Bakul Besi
Saturday, October 20, 2007
Warna-Warna Spora


Tapi dalam banyak-banyak tu ada gak yang diserang ulat lalat (nama pendek = "ulalat"). Terowong-terowong laluan ulat nih boleh dikesan lepas 2 minggu bongkah disuntik.

Tapi, so far alhamdulillah... tak banyak yang kena. Bongkah-bongkah yang kena serang "ulalat" ni ada 2 sebab.
Monday, October 15, 2007
Perkembangan Maisillium


Tapi ada yang nak saya ketengahkan di sini. Maisillium yang keluar kurang pekat warna putihnya. Kebanyakannya berwarna cream. Macam kes gambar di bawah ni... percambahan berbentuk akar halus berselirat menjalar menjauhi tudung bongkah. Di bahagian tudung... kelihatan warna putih spora kehilangan power.

Bongkah yang disuntik benih pada 5/10/2007.
Wednesday, October 10, 2007
Perkembangan & Serangan

Secara random, bongkah dibuka untuk melihat perkembangan maisilium... Keadaan benih agak lembab. Spora yang terbentuk agak kurang memuaskan.
Mungkin sebab pemeluapan di bahagian dalam bongkah... kulat oren keluar dengan cepat. Sehingga hari ni... 4 bongkah dah kena serang kulat oren nih...

Monday, October 8, 2007
Suntikan Benih diTeruskan

Bila dah tumbang, ada yang pecah... inilah gambar operasi rescue. Bahagian yang pecah diselotapekan.
Sementara tu, dalam routine check, ada bongkah-bongkah yang koyak di bahagian bawah akibat proses bagging yang kurang mahir. Dah pecah pun pekerja saya buat derk je... Ini menyebabkan wap kukusan masuk berlebihan ke dalam bongkah... lembab serta senang diattack oleh serangga perosak.


Hanya batch 2 yang telah dikukus pada 24 Sept 2007, tak sempat disuntik. Dah lebih 2 minggu. Jadi, saya berkeputusan untuk mengukus kembali batch 2 tu.

Friday, October 5, 2007
Thursday, October 4, 2007
Perkembangan Bongkah

Tuesday, October 2, 2007
Tompok-Tompok Putih
Jadi sekarang, pemantauan perkembangan akan terus saya lakukan pada bongkah-bongkah di dalam bangsal. Saya rasa esok saya akan suntik batch 3 yang sedang menunggu. Dah lewat. Sementara tu, untuk mengelakkan 'idling" kos, saya bagi cuti raya awal pada pekerja-pekerja saya.
Monday, October 1, 2007
Susulan Kukusan Tak Sempurna

Dapur gas baru yang menggantikan satu dapur lama yang kecik. Mula digunaka untuk batch 3.

Jarak antara dapur dengan base tong kukus didekatkan.

Ini adalah batch 3. Pada pagi hari ketiga selepas kukus, ia menunjukkan keadaan yang memberangsangkan. Tak nampak tompok-tompok putih. Tapi pada jam 5 petang, tompok-tompok putih dah mula keluar. Perrrggghhh!!!!!!!
Tapi tak sebanyak batch2. Nampak gayanyer, ada satu dua perkara lagi yang harus diperbaiki. Susunan bongkah dalam tong kukus dan ratio pembancuhan. Saya syak susunan bongkah dalam tong terlalu rapat dan bertindih sehingga menghalang mulut tudung sewaktu kukusan. Saya bercadang nak buat cage bulat yang boleh dimasukkan kedalam tong drum yang bulat tuh.... Ia akan mengambil sedikit masa.... tapi wait and see...
Satu lagi observation, sewaktu dalam proses penyejukan, wap termeluap kat bahagian atas bongkah.... apa pasal lah pulak nih???? Adakah ia perkara biasa??? Nak kena pantau lebih dekat lagi cara bancuhan yang dibuat oleh pekerja Indon saya tu... Terlebih air ker????
Hari nih, production bongkah dihentikan. Mana-mana bongkah yang ada tompok-tompok putih (batch 2) dihantar balik ke rumah kukus untuk dikukus semula. Sementara tu... rak kayu dalam bangsal ditambah lagi. Kayu pun dah tak berapa nak ada. Kena carik kayu lagi ler...
Sementara itu, bongkah yang dah disusun kat dalam bangsal dipantau.... ada yang kulat kuning dah keluar.... sabar... sabar...
Sehingga hari ni, 4 batches dah dikukus. Purata satu batch 300 bongkah. 1200 bongkah semuanya.... PERRRGHHHH!!!!!.... Masalah ni mesti diselesaikan segera....

















